Saturday, February 28, 2009

favourite fashion...

FASHION MUSLIM DAN MUSLIMAH..
UTK MUSLIM HANYA RM30 SAHAJA..

















DAPATKAN FASHION MUSLIMAH TERKINI..
HANYA RM40 SEHELAI..
emel pada teacher_ib@yahoo.com
KOS POS HANYA RM4 SEHELAI..

Monday, February 23, 2009

shopping...

pesanan guru bertugas.. keselamatan di jalan raya

COBAAN..

Hari ini mengajar murid kelas KIA2M atau murid-murid yg belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira rasanya bagai tak tentu hala. Mungkin juga kerana saya terlupa membaca doa untuk bagi orang lain dengar cakap kita..he3

Pagi tadi, semasa di perhimpunan, saya telah ditugaskan untuk memberikan sedikit ucapan berpandukan topik yang telah diberikan, iaitu 'Keselamatan Jalan Raya'. Saya telah memberikan beberapa tip untuk panduan murid-murid.

Pertama; cara yang betul untuk melintas. Dengan lenggok dan gaya saya meminta murid-murid mengikut apa yang saya lakukan. "Pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan, baru jalan..". Ini kerana baru-baru ini saya sendiri menyaksikan ada seorang murid yang sedang berbasikal tidak menghiraukan kenderaan yang datang dari sebelah kanan jalan. Murid tersebut ingin ke simpang di hadapan. Sekiranya kenderaan dari sebelah kanan tidak berhenti, kemalangan boleh berlaku.

Kedua; sabar dan tidak gopoh semasa di jalan raya. Saya sendiri juga pernah menyaksikan kejadian di mana seorang murid yang lari dari sekolahnya meluru ke arah jalan yang sesak dengan kenderaan yang laju. Murid itu menangis teresak-esak nyaris-nyaris dilanggar. Semua yang berhampiran menarik nafas lega kerana kereta yang lalu di situ sempat untuk berhenti. Kemudian, murid tersebut terus berlari ke arah simpang di hadapan. Saya, yang terbawa-bawa watak guru yang 'garang'.. (garang ke?) terus melaungkan suara, "Awak nak ke mana tu?". Murid tersebut akhirnya dibawa pulang oleh saya dan suami ke rumahnya. Rupa-rupanya dia adalah anak salah seorang yang tinggal di kampung tempat kami menetap semasa di Kulai. Itulah akibatnya jika gopoh dan saya juga hairan bagaiman murid itu boleh terlepas daripada sekolahnya sedangkan ada pengawal keselamatan bertugas.

Ketiga; semasa berada di dalam kenderaan di jalan raya, murid-murid hendaklah dalam keadaan senyap dan tidak menganggu ibu atau bapa memandu. Sebaiknya, jika ada ibu, bapa atau abang atau sesiapa sahaja yang 'ingin menguji kecekapan memandu laju', murid-murid bolehlah mengingatkan mereka supaya memperlahankan kenderaan, untuk mengelakkan kemalangan. Sebaliknya, jika anak-anak yang bergaduh dan merengek-rengek dalam kenderaan, merekalah yang harus ditegur!

Keempat: membaca doa kenderaan sebelum menaiki kenderaan. Tidak kiralah jika murid-murid menaiki kereta, bas, basikal dan motorsikal, semuanya perlu dimulakan dengan bacaan doa kenderaan.

Di sini juga saya sempat menjengah ke blog saifulislam yang ada menyentuh mengenai mematuhi peraturan jalan raya.

Hukum Mematuhi Peraturan Jalan Raya
“Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?”
“Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?”
Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda.
Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa dalam perjalanan ke Fakulti Pengajian Islam.
Soalan itu pergi dibawa angin. Secara tidak sedar dalam soalan itu, terkandung sesuatu yang rumit dan sulit pada fikiran dan kefahaman manusia antara hukum Syara’ dan hukum alam.
RITUAL TEKSTUAL
Semasa berusrah, kita terus menerus membahaskan tentang erti Islam dan Muslim… bahawa ia adalah suatu daerah yang bermula dengan ketundukan atau istislam, hingga kepada keamanan dan kesejahteraan atau salam. Dalam erti kata yang mudah, Islam dan menjadi Muslim itu memberikan maksud ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT yang menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan bagi kehidupan dunia hingga ke Akhirat.
Hanya dengan tunduk dan mentaati Tuhan… manusia beroleh keamanan.

Lalu kita bahaskan lagi, bahawa ketundukan itu bukan hanya ketundukan manusia. Bahkan seluruh alam ini hakikatnya tunduk dan patuh kepada Penciptanya.

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur” [Al-Nahl 16: 49]
Justeru, terserlah kefahaman kita bahawa hakikatnya seluruh alam ini adalah Muslim… kerana ia tunduk kepada peraturan Penciptanya. Api patuh kepada Tuhan lalu kekal dengan sifatnya yang membakar sebagaimana yang ditentukan. Batu yang dicampak ke atas akan pasti turun ke bawah kerana mematuhi Tuhan yang menentukan hukum graviti sedemikian rupa.
Lalu kita sanggah manusia dengan soalan dari Allah yang memang tertuju untuk menyanggah manusia:

Patutkah mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya mereka dikembalikan? [Aal ‘Imraan 3: 83]
Tatkala seluruh alam bergerak mematuhi hukum Allah ke atas alam, mengapa manusia menyanggahi hukum Allah ke atas manusia? Mengapa manusia durhaka kepada Allah? Enggan patuh kepada syariat-Nya?
Bahawa manusia yang tidak tunduk kepada ketentuan Allah terhadap mereka adalah manusia durhaka. Merekalah ‘makhluk asing’ di alam ini. Mereka kufur di tengah-tengah ketaatan sekalian alam kepada Tuan mereka.
Tetapi…
Andai alam ini dilihat tunduk kepada Allah kerana mematuhi hukum alam, tidakkah manusia juga merupakan sebahagian daripada alam itu sendiri? Bahawa interaksinya dengan alam, dan interaksinya sesama manusia, turut berlegar pada apa yang dinamakan sebagai hukum alam?
Justeru jika manusia Muslim mahu benar-benar menjadi Muslim, cukupkah sekadar dirinya mematuhi hukum wahyu tetapi kemudiannya membelakangkan hukum alam? Sesungguhnya keIslaman seorang Muslim sama sekali tidak akan sempurna, sehingga beliau menyerah diri secara total kepada segala yang diatur dan ditentukan Allah ke atas dirinya.
SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH
Di sinilah rasionalnya saya mengulang penegasan, tentang keperluan memahami dan menghayati konsep Syariatullah dan Sunnatullah. Bahawa untuk seorang Muslim itu sempurna keIslamannya, dia bukan hanya dituntut kepada mematuhi Syariat Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Wahyu, tetapi harus juga mematuhi Sunnah Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Alam. Mematuhi hukum alam (law of nature). Hukum Sunnatullah.
Sekularisma bukan hanya pada mengingkari ‘agama’. Menolak sains itu juga adalah sekular. Sama ada menolak Syariatullah atau pun mendurhakai Sunnatullah. Saintis yang menolak agama, sama sahaja jenayahnya dengan agamawan yang menolak sains!
ISLAM SENTIASA KEDUA-DUANYA
Segala yang termaktub di dalam ajaran Islam, tidak pernah memisahkan di antara hukum Syariatullah dan Sunnatullah.
Makanan bukan sahaja mesti HALALAN malah TAYYIBAN. Halal itu tuntutan Syariatullah, Tayyib itu pula karakter Sunnatullah (Sains). Sembelihan bukan sahaja dilakukan dengan nama Allah, bahkan juga pisau yang diguna mesti tajam. Basmalah itu Syariatullah, pisau tajam pula adalah Sunnatullah.
Langsung kepada usaha Nabi SAW juga, di dalam peperangan dan keamanan, di dalam pentadbiran juga kekeluargaan… pesanan nabawi meliputi aspek-aspek Sunnatullah dan Syariatullah tanpa double standard. Baginda SAW tidak pernah meremehkan Sunnatullah, biar pun ia diterma sebagai asbab.
Hanya sesekali asbab musabbab keluar dari lingkungan Sunnatullah… demi membuktikan kebesaran Allah sebagai Pengatur di sebalik Sunnatullah itu… agar manusia akur pula kepada Syariatullah. Ia disebut sebagai mukjizat… sesuatu yang khariqun lil ‘aadah (menyalahi adat kebiasaan).
PERATURAN JALAN RAYA
Justeru, kepatuhan kita kepada peraturan jalan raya, adalah kepatuhan kita kepada hukum alam yang juga merupakan hukum Allah. Keselamatan di jalan raya bukan hanya pada memulakan perjalanan dengan Basmalah dan doa, bahkan juga pada mematuhi had laju, memandu mengikut peraturan dan mengharamkan diri dari mudarat, mahu pun menjadi pencetus mudarat.

“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]
Lantas, jika kita meyakini bahawa Islam menjamin keselamatan, manakah yang lebih berTAQWA, di antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban?
Jawapan saya mungkin tidak popular.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Friday, February 20, 2009

Assalamualaikum.. salam sejahtera
Sekadar memenuhi masa dan melihat potensi diri dengan lebih jauh lagi dengan blog ini..
Tahun ini merupakan tahun keempat saya dalam bidang perguruan yang sememangnya memberi lebih cabaran kepada saya..

Sekolah pertama saya..SK Sedenak, Kulai. Antara saat-saat terindah saya bersama murid-murid dan kawan-kawan seperjuangan. Amat pedih untuk ditelan, namun itulah realitinya perpisahan. Apabila suami saya telah pasti dengan istikharahnya, beliau memutuskan untuk pindah ke Kajang, Selangor tempat kelahiran saya. Namun, hingga kini saya masih merasai peritnya berpindah daripada sekolah yang saya amat kasihi..namun pada masa yang sama, tidak menyalahkan keadaan kini...

Mengapa? Kerana saya kurang mendapat kepuasan mengajar di sekolah baru.. Bukan niat untuk memburukkan malah merendahkan tempat mengajar sekarang, namun situasinya amat berbeza. Murid-murid, rakan-rakan dan suasana kerja....

Dulu mengajar di dalam kawasan kampung dan estet. Udara segar, pemandangan nan indah dapat dinikmati setiap hari..tentulah kesannya berbeza. Yang paling menyentuh hati, kelmarin seorang murid dari Sedenak mengirim mesej yang berbunyi,

"Assalamualaikum .. Saya suka baca buku, kerana itu adalah ilmu, minta maaf kepada cikgu, sebab dah lama tak sms cikgu.. Apa khabar? tengah tido ke? dah makan? rindunye saya pada cikgu- ada seorang murid dia mimpikan cikgu sekolah sini semula-saya pelik-mana tahu jadi kenyataan."

Saya sebak. Saya bukanlah guru yang terbaik...masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki namun, saya mendapat kepuasan mengajar semasa di sana.. Sekolah yang saya tinggalkan pada awal bulan Jun 2008. Di mana murid-murid saya yang akan menduduki UPSR tahun itu, setelah masuk tahun ketiga menjadi guru kelas mereka amat memerlukan saya. Setiap hari saya berdoa segala yang baik untuk mereka..

Memandangkan sekolah lama adalah sekolah kurang murid, maka hubungan kami rapat.. satu tahun hanya satu kelas...

Isunya di sini.. Mengapa saya masih kurang mendapat kepuasan mengajar di sekolah baru..... Saya salahkan diri sendiri atas perkara ini namun ingin juga menggali punca permasalah ini berlaku...