Friday, February 20, 2009

Assalamualaikum.. salam sejahtera
Sekadar memenuhi masa dan melihat potensi diri dengan lebih jauh lagi dengan blog ini..
Tahun ini merupakan tahun keempat saya dalam bidang perguruan yang sememangnya memberi lebih cabaran kepada saya..

Sekolah pertama saya..SK Sedenak, Kulai. Antara saat-saat terindah saya bersama murid-murid dan kawan-kawan seperjuangan. Amat pedih untuk ditelan, namun itulah realitinya perpisahan. Apabila suami saya telah pasti dengan istikharahnya, beliau memutuskan untuk pindah ke Kajang, Selangor tempat kelahiran saya. Namun, hingga kini saya masih merasai peritnya berpindah daripada sekolah yang saya amat kasihi..namun pada masa yang sama, tidak menyalahkan keadaan kini...

Mengapa? Kerana saya kurang mendapat kepuasan mengajar di sekolah baru.. Bukan niat untuk memburukkan malah merendahkan tempat mengajar sekarang, namun situasinya amat berbeza. Murid-murid, rakan-rakan dan suasana kerja....

Dulu mengajar di dalam kawasan kampung dan estet. Udara segar, pemandangan nan indah dapat dinikmati setiap hari..tentulah kesannya berbeza. Yang paling menyentuh hati, kelmarin seorang murid dari Sedenak mengirim mesej yang berbunyi,

"Assalamualaikum .. Saya suka baca buku, kerana itu adalah ilmu, minta maaf kepada cikgu, sebab dah lama tak sms cikgu.. Apa khabar? tengah tido ke? dah makan? rindunye saya pada cikgu- ada seorang murid dia mimpikan cikgu sekolah sini semula-saya pelik-mana tahu jadi kenyataan."

Saya sebak. Saya bukanlah guru yang terbaik...masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki namun, saya mendapat kepuasan mengajar semasa di sana.. Sekolah yang saya tinggalkan pada awal bulan Jun 2008. Di mana murid-murid saya yang akan menduduki UPSR tahun itu, setelah masuk tahun ketiga menjadi guru kelas mereka amat memerlukan saya. Setiap hari saya berdoa segala yang baik untuk mereka..

Memandangkan sekolah lama adalah sekolah kurang murid, maka hubungan kami rapat.. satu tahun hanya satu kelas...

Isunya di sini.. Mengapa saya masih kurang mendapat kepuasan mengajar di sekolah baru..... Saya salahkan diri sendiri atas perkara ini namun ingin juga menggali punca permasalah ini berlaku...

2 comments:

  1. Apa sbnrnya mslh yg menyebabkan ko jd gitu?
    Kalau tau, senang ckt aku nk bg pndangan...or sbb ko ckp suasana tak rapat ?

    This is just my 2 cents : Apa kata ko cuba divert kan fikiran ko ke benda2 yg sepatutnya jadi keutamaan .. Cuba ko korek2 kot ada pljr2 maslh dlm plajaran ke...mslh keluarga ke...kdg2 kita tak tau apa mslh students yg sbb kan mrk bperlakuan begitu begini...yg plg menakutkan klu mslh2 dlm rmhtga, diaorg jd mangsa.

    Aku jenis sgt dan cpt tersentuh tgk bdk2 yg jadi mangsa akibat mslh domestic tau...

    Kau dah jadi cikgu, ruang lebih luas utk kau menyumbang tenaga n ilmu utk budak2 tu, yg penting ikhlas..insyaallah semuanya berlaku dgn baik...

    Yg berlalu tu, biarkan aje...Kau d tempat baru...Murid2 tu perlukan kau skrg...tentu diaorg sgt suka kalau kau beri sepenuh phatian dgn keikhlasan kpd mreka...Mgkn skrg kau belum npk kesannya, tp Insyaallah satu hari nti...

    fad

    ReplyDelete
  2. he3.. terima kasih atas komentar itu..
    ini adalah catatan pertama semasa saya mula2 mengajar di sekolah baru, jadi masa itu amat sedih mengenangkan murid2 yg telah ditinggalkan.
    Namun kini semuanya sudah berubah, luahan itu adalah catatan dua tahun lalu.. dan bukanlah berpunca daripada masalah rumahtangga, thanks for ur concern ya.. :)
    Alhamdulillah kini dah dapat serba sedikit menjiwai murid2 di sini yg sememangnya benar, seperti kata fad yg perlukan perhatian..
    terima kasih atas maklumbalas ya.

    *dah lama tak hantar post baru di sini, yg terbaru pun berkenaan penjualan buku dan tudung di sini, belum mahir sgt 'memblogging ni' thanks :)

    ReplyDelete